Monday, November 8, 2010

Cinta Jarak Jauh...





Hubungan cinta jarak jauh menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi
Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.


Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.

Hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.

Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar.

Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

1) Kepercayaan dan kejujuran


Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Diri perlu percaya dan berserah pada takdir.

2) Komitmen

Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika diri anda dan si dia memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.


3) Selalu berhubungan

Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan si dia masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.


Ia penting bagi mengelakkan si dia mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

4) Jangan letakkan banyak harapan

Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.

Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.



5) Kesetiaan


Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.

Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan.


6) Emosi

Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.








Perpisahan...


Cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan,

Surat tawaran dari salah satu IPTA di Malaysia telah ku terima...Si dia orang pertama yang ku hubungi untuk berita tersebut..memang berat hati untuk berjauhan dengan insan yang ku puja itu...namun pelajaran harus diutamakan untuk masa hadapan..

Aku terima tawaran tersebut dengan hati rela walaupun terpaksa berjauhan..Mungkin itu akan membuatkan hati lebih rindu, dan bila hati rindu kasih pun mula la bertambah..hehehe..Itu yang difikirkan secara teorinya..

Januari 2005 bermulalah percintaan jarak jauh antara kami berdua..

Semakin hari semakin parah...

Setelah beberapa bulan berada di SMKP, rasa hati terhadap si dia semakin parah...itulah ungkapan yang paling sesuai..namun si dia masih belum memberi kata putus samada cinta ini diterima atau tidak, namun itu tidak menghalang semangatku untuk terus mendekatinya...

Tiba masa untuk ke lawatan ke beberapa destinasi dlm negara..salah satunya cameron highland...sebelum bertolak sempat lg aku cari cd lagu relaku pujuk,nyanyian tam spider..memang kena sangat ngn situasi aku time tu..masuk je dlm bas, terus lagu tu berkumandang...lagu tu sememangnya dituju pada Ros.."tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu yang ku tunggu2, biar jasadku yang menanggung, permainan darimu, relaku pujuk..."..Huhuhuhuhu, jiwang sungguh..tp biarlah apa org nk kata,janji aku bhgia..

Sejambak bunga ros dihadiahkan pada si dia semasa dalam perjalanan pulang dari cameron...Dlm perjalanan pulang itu juga hasil dari ushaku mendekatinya selama ini mula menampakkan kejayaan..Corn in cup, makanan pertama yang ku suapkan ke mulutnya,memang nervous gila time nk suap tu, smpai tangan terketar2..tak sangka pula si dia terima..mmg bahagia yang ku rasa..

Satu kenangan yang x mungkin dilupakan sampai bila-bila...Hasil dari lawatan itu, aku pulang dengan hati yang berbunga bunga...

Sunday, November 7, 2010

Cinta pandang pertama...

Cinta pandang pertama...

Bila hati terdetik.... Bila mata terpandang... Bila telinga terdengar... Kasih pun terungkai...

Lalu senyum pun tersipu malu...

ADAKAH ITU CINTA PANDANG PERTAMA...?

To me, the answer is yes coz that is what happen to me when i look at her..(fuhh,omputih la plak,hehe..)..hari demi hari mmg suara si dia yang sentiasa di cari..xde duit nak reload sanggup guna public fon..almaklumlah, belum confirm lg dapat pikat hati si dia..so, momentum perlu sentiasa dikekalkan..bagi anda yang mengalami cinta pandang pertama ini saya sarankan sedikit tips di bawah:

Kereta yang bergerak jika anda berhenti daripada menekan pedal minyak akhirnya akan perlahan dan berhenti. Begitu juga hubungan anda dengan si dia, sentiasa bahagikan masa anda dengan betul untuk berhubung dengan si dia. Kekalkan momentum perhubungan ini sehingga anda dapat rasakan sendiri respond positif daripada si dia. Sebagai contoh, si dia mula rindukan anda apabila anda tidak melayannya, memerlukan anda disaat si dia berhadapan dengan masalah, si dia mahukan hari- harinya sering bersama dengan anda, dan banyak lagi respond positif yang anda sendiri akan perasan. (Peringatan!Jika anda yakin dan pasti maka tunggu apa lagi, sambarlah peluang tersebut! miliki si dia segera!!!)
Jika hasilnya negatif, usah risau… sabar dan berdoa sehingga anda mendapat respond yang positif.. Jika hasilnya tetap negatif, usah buang masa anda! Cari yang lain, sentiasa ingat.. Jalan pasti ada mesti ada Cara!
THE BEST MAN WIN!

"DIA" yang bertakhta dihatiku (cont..)

Setelah segala isi hati diluahkan pada si dia, hati ini mmg terasa lega..apa yang terpendam sudahpun dilepaskan. Lega, lega dan lega...tetapi keputusan yang diterima memang sudah dijangka..si dia sudahpun berpunya pada detik waktu itu...

KECEWA...
memang agak kecewa tapi nk buat cmne,hidup mesti diteruskan...mungkin ini hanya perasan atau keinginan sementara yang terbit dari jiwa remaja yang sedang bergelora..sangkaku ternyata meleset, slps dari detik meluahkan rasa itu, perasaan dan ingatan pada si dia semakin kuat. Apa yang ada pada dirinya hingga membuatku rasa serba x kena??. Sehari x dapat melihat si dia mmg aku rasa x bermaya. Semangat untuk belajar hilang jika x nmpak si dia dihari persekolahan. Senyuman dan lirik matanya selalu sahaja bermain di minda...

"Genggam bara api biar sampai jadi arang" dengan tekad yang telah diperkukuhkan dengan keinginan hati yang membuak keputusan ditetapkan...Hati ini tidak akan mengalah, sanggup buat apa sahaja untuk memenagi hatinya.. perkara pertama yang dilakukan, minta nombor telefon..Kali pertama minta dlm waktu persekolahan si dia x bagi, katanya "usaha sendiri untuk dapatkan nombor tu", tapi xpe akan diushakan...

Waktu petang selepas tamat waktu persekolahan, dengan ditemani seorang kawan aku ke rumah si dia..Rasa cuak pun ada, maklumlah x biasa kerumah anak dara..Bila ayah si dia tanya nk kemana, alasan yang diberikan untuk meminjam buku 'Makro Ekonomi' subjek yang diajar oleh Mr John di SMKP..Sebaik sahaja masuk rumah si dia, air sirap dihidangkan. Sambil minum itulah nombor telefonya dipinta..akhirnya si dia bg juga,mungkin kerana kesian..nombor ditulis pada buku bank BSN milikku,maklumlah x bawak kertas, fon pun x bawak time tu.."01295692_ 7"..sampai ke hari ini nombor tersebut di ingati walaupun sudah 6 tahun berlalu dan nombor tersebut x diguna lg. Detik itu adalah detik permulan yang mula menampakkan kejayaan dari usaha yang dijelmakan..

Memang agak susah untuk memenangi hatinya, tambahan pula hati si dia pada waktu itu sudahpun berpunya...tapi xpe, dengan prinsip "THE BEST MAN WIN" istilah mengaku kalah x pernah terlintas dalam benak fikiranku ini..Usaha untuk memilikinya tidak akan terhenti separuh jalan..
Dialah cinta pertama dan terakhir..

'DIA' yang bertakhta dihatiku...

Masih teringat sms pertama yang dihantar kepada si dia  "beza antara KNK dgn KDNK ialah Ros & Z" (via 3310 i). Huhuhu,ape motifnya tu? x tahu la,time ni memang tengah angau dengan si dia yang bernama Ros.

Pertemuan pertama di SMK Putra dikelas 6B 1 pada tahun 2004 telah berpanjangan hingga ke hari ini..Dia memang menarik, ada sesuatu dlm dirinya yang membuatkan hati ini tertaut..For info, dari form 1 hingga form 5 hati ini x pernah terdetik untuk perasaan sebegitu rupa malahan cukup anti dengan pasangan2 couple kt sekolah, tp entah mengapa kali ini lain benar jadinya..

Puas ku cuba untuk menafikan rasa hati yg terbuku itu namun x dapat. Tamat je waktu persekolahan hati ini terus gelisah menanti hari esok untuk melihat si Dia lagi. Mmg parah, x boleh dibiarkan..terfikir mcm mana nk meluahkan rasa hati pada si Dia, nk tulis surat mmg x pandai (blog ni adalah hasil penulisan yang pertama), nk suruh org bgtau takut malu diri sendiri. Seminggu masa diambil untuk memikirkan cara untuk meluahkan dan akhirnya........

Aku nekad sebab dah x tahan dengan isi hati yang terpendam. Luahkan saja sendiri pada empunya badan, itulah keputusan yang di ambil.. Mmg kelakar bila dingatkan kembali detik waktu itu,dari mana datangnya keberanian sebegitu, aku pun x tahu...Diterima atau tidak x mnjadi persoalan pd waktu itu, yg penting luahkan dulu..Gentleman la konon.
.hahaha..

antara ayat yg terkeluar pd detik itu, "saya suka kt awak & nk kenal awak lebih lg..sya xle lupakan awak,tiap kali balik dr sekolah sya x sabar tunggu hari esok untuk tengok awk lg"...alamaakkk,malunya aku,tapi tebalkan muka je time tu sbb aku betul2 nk Dia..Dan keputusanya.......









to be continue (next post).....

Salam Perkenalan

Assalamualikum...

salam perkenalan untuk blogers yg sedia ada. Blog ini diwujudkan sebagai diari perjalanan hidup dua insan yang bakal menjadi kekasih halal.

terlalu banyak kisah kisah yang hendak dikongsikan di sini, insyallah saya akan cuba untuk mengupas perjalanan yang penuh dengan warna warni kehidupan ini dengan baik. Diharapkan diari ini akan menjadi stau kenangan untuk tatapan dimasa akan datang.

Apa yang baik dari kisah2 yang bakal dikongsikan ini bolehlah dijadikan teladan, yang tidak baik itu jadikanlah sebagai pengajaran agar kita x leka dengan hidup yang diberikan secara pinjaman dibumi Allah ini..

INSYALLAH...