Sunday, November 7, 2010

"DIA" yang bertakhta dihatiku (cont..)

Setelah segala isi hati diluahkan pada si dia, hati ini mmg terasa lega..apa yang terpendam sudahpun dilepaskan. Lega, lega dan lega...tetapi keputusan yang diterima memang sudah dijangka..si dia sudahpun berpunya pada detik waktu itu...

KECEWA...
memang agak kecewa tapi nk buat cmne,hidup mesti diteruskan...mungkin ini hanya perasan atau keinginan sementara yang terbit dari jiwa remaja yang sedang bergelora..sangkaku ternyata meleset, slps dari detik meluahkan rasa itu, perasaan dan ingatan pada si dia semakin kuat. Apa yang ada pada dirinya hingga membuatku rasa serba x kena??. Sehari x dapat melihat si dia mmg aku rasa x bermaya. Semangat untuk belajar hilang jika x nmpak si dia dihari persekolahan. Senyuman dan lirik matanya selalu sahaja bermain di minda...

"Genggam bara api biar sampai jadi arang" dengan tekad yang telah diperkukuhkan dengan keinginan hati yang membuak keputusan ditetapkan...Hati ini tidak akan mengalah, sanggup buat apa sahaja untuk memenagi hatinya.. perkara pertama yang dilakukan, minta nombor telefon..Kali pertama minta dlm waktu persekolahan si dia x bagi, katanya "usaha sendiri untuk dapatkan nombor tu", tapi xpe akan diushakan...

Waktu petang selepas tamat waktu persekolahan, dengan ditemani seorang kawan aku ke rumah si dia..Rasa cuak pun ada, maklumlah x biasa kerumah anak dara..Bila ayah si dia tanya nk kemana, alasan yang diberikan untuk meminjam buku 'Makro Ekonomi' subjek yang diajar oleh Mr John di SMKP..Sebaik sahaja masuk rumah si dia, air sirap dihidangkan. Sambil minum itulah nombor telefonya dipinta..akhirnya si dia bg juga,mungkin kerana kesian..nombor ditulis pada buku bank BSN milikku,maklumlah x bawak kertas, fon pun x bawak time tu.."01295692_ 7"..sampai ke hari ini nombor tersebut di ingati walaupun sudah 6 tahun berlalu dan nombor tersebut x diguna lg. Detik itu adalah detik permulan yang mula menampakkan kejayaan dari usaha yang dijelmakan..

Memang agak susah untuk memenangi hatinya, tambahan pula hati si dia pada waktu itu sudahpun berpunya...tapi xpe, dengan prinsip "THE BEST MAN WIN" istilah mengaku kalah x pernah terlintas dalam benak fikiranku ini..Usaha untuk memilikinya tidak akan terhenti separuh jalan..
Dialah cinta pertama dan terakhir..

No comments: