Wednesday, March 2, 2011

Antara Dungun & Tanjung Malim

Assalamualaikum,
sudah terlalu lama laman ini tidak di jengah dek kesuntukan masa kerana komitmen kerja yang agak tinggi...Cerita kali ini mengenai hubungan cinta jarak jauh kami semasa masing2 berada di IPTA. Jarak bukan penghalang.

Memang agak cuak memikirkan Si Dia akan melanjutkan pelajaran di IPTA yang berada di Tanjung Malim, Perak...4 tahun masa yang diperlukan untuk menghabiskan pengajian di sana. Apa yang amat merisaukan adalah kemungkinan hati Si Dia untuk berubah dan menerima orang lain seperti lagu "kekasihku dipuncak menara gading"...Namun demi kebaikan untuk masa depan Si Dia perasan cuak yang bermain dimindaku itu tidak boleh menjadi penghalang kepada cita-cita Si Dia. Perasan itu harus ku kuburkan dan perjuangan sebenar untuk menawan hati Si Dia baru saja bermula.

Dengan penuh cabaran baik dari segi jarak dan persaingan aku bulatkan tekad walau apa pun terjadi bunga2 cinta yang telah mula terbit ini akan dipertahankan sehingga menghasilkan buah yang boleh dinikmati pada masa akan datang.

1 comment:

Jaaja said...

syg, baru update blog eh? terharu..... tq syg. 4 tahun disana macam2 kisah...