Wednesday, March 9, 2011

Kesabaran yang teruji...

Sabar, satu perkataan yang cukup mudah untuk dilafazkan tetapi cukup payah untuk diterjemahkan dengan perbuatan bila sesuatu perkara datang menduga...

Apa yang dijangka akan terjadi pada hati si dia betul2 terjadi, biasalah bila duduk berjauhan...macam2 alasan yang diberi tetapi pokok pangkalnya hati nurani kita sendiri. Allah saja yang tahu perasaan hati disaat mengetahui berita yang sangat mengecewakan itu. marah, geram, sakit hati semuanya bercampur baur.

ketika itulah perasaan sabar dalam diri mula diuji. saya rasa tidak perlu menceritakan secara terperinci mengenai perkara yang menyakitkan hati ini, cukuplah dengan ungkapan satu perkara yang menyakitkan hati mana2 lelaki.

Mungkin dek kerana cinta terhadap si dia yang terlalu mendalam, ego seorang lelaki berjaya ku telan daripada meletus dan menghangcurkan sebuah perhubungan. Sabar dan sabar, itulah perkara yang mampu dilakukan walaupun terpaksa memendam rasa, dan akhirnya kesabaran itu mula menampakkan detik2 kejayaan. banyak lagi kisah2 yang menguji kesabaran dalam perhubungan kami berdua dalam tempoh tujuh tahun ini. mungkin kisah2 itu hanya satu ujian untuk menempuhi peringkat seterusnya dalam perhubungan kami pada masa akan datang...

No comments: