Wednesday, March 9, 2011

Die Mungkin...

Die mungkin tidak tahu bahawa diri ini tidak pernah curang terhadapnya...

Die mungkin tidak tahu bagaimana perasaan hati bila dipermainkan berkali kali...

Die mungkin tidak tahu besarnya erti kesabaran dalam diri ini...

Die mungkin tidak tahu betapa hati ini terlalu sayang padanya...

Die mungkin tidak tahu banyak pengorbanan telah dilakukan untuknya selama ini...

Die mungkin akan tahu erti semua itu pada satu hari nanti...

InsyaAllah, semoga dilembutkan hatinya...

Amin...

Kesabaran yang teruji...

Sabar, satu perkataan yang cukup mudah untuk dilafazkan tetapi cukup payah untuk diterjemahkan dengan perbuatan bila sesuatu perkara datang menduga...

Apa yang dijangka akan terjadi pada hati si dia betul2 terjadi, biasalah bila duduk berjauhan...macam2 alasan yang diberi tetapi pokok pangkalnya hati nurani kita sendiri. Allah saja yang tahu perasaan hati disaat mengetahui berita yang sangat mengecewakan itu. marah, geram, sakit hati semuanya bercampur baur.

ketika itulah perasaan sabar dalam diri mula diuji. saya rasa tidak perlu menceritakan secara terperinci mengenai perkara yang menyakitkan hati ini, cukuplah dengan ungkapan satu perkara yang menyakitkan hati mana2 lelaki.

Mungkin dek kerana cinta terhadap si dia yang terlalu mendalam, ego seorang lelaki berjaya ku telan daripada meletus dan menghangcurkan sebuah perhubungan. Sabar dan sabar, itulah perkara yang mampu dilakukan walaupun terpaksa memendam rasa, dan akhirnya kesabaran itu mula menampakkan detik2 kejayaan. banyak lagi kisah2 yang menguji kesabaran dalam perhubungan kami berdua dalam tempoh tujuh tahun ini. mungkin kisah2 itu hanya satu ujian untuk menempuhi peringkat seterusnya dalam perhubungan kami pada masa akan datang...

Wednesday, March 2, 2011

Antara Dungun & Tanjung Malim

Assalamualaikum,
sudah terlalu lama laman ini tidak di jengah dek kesuntukan masa kerana komitmen kerja yang agak tinggi...Cerita kali ini mengenai hubungan cinta jarak jauh kami semasa masing2 berada di IPTA. Jarak bukan penghalang.

Memang agak cuak memikirkan Si Dia akan melanjutkan pelajaran di IPTA yang berada di Tanjung Malim, Perak...4 tahun masa yang diperlukan untuk menghabiskan pengajian di sana. Apa yang amat merisaukan adalah kemungkinan hati Si Dia untuk berubah dan menerima orang lain seperti lagu "kekasihku dipuncak menara gading"...Namun demi kebaikan untuk masa depan Si Dia perasan cuak yang bermain dimindaku itu tidak boleh menjadi penghalang kepada cita-cita Si Dia. Perasan itu harus ku kuburkan dan perjuangan sebenar untuk menawan hati Si Dia baru saja bermula.

Dengan penuh cabaran baik dari segi jarak dan persaingan aku bulatkan tekad walau apa pun terjadi bunga2 cinta yang telah mula terbit ini akan dipertahankan sehingga menghasilkan buah yang boleh dinikmati pada masa akan datang.

Monday, November 8, 2010

Cinta Jarak Jauh...





Hubungan cinta jarak jauh menuntut pengorbanan dan kesetiaan yang lebih tinggi
Mencabar dan sukar. Itu ungkapan paling tepat untuk menggambarkan perhubungan cinta jarak jauh. Namun demikian, adalah tidak mustahil perhubungan sebegini dapat bertahan dan kekal lama.


Apatah lagi kini, sudah menjadi trend kebanyakan anak muda atau pasangan suami isteri menjalinkan hubungan cinta jarak jauh walaupun sudah tahu risiko yang bakal dihadapi. Apa yang pasti, perhubungan sebegini mempunyai peluang yang sama untuk berjaya seperti perhubungan cinta jarak dekat.

Hubungan jarak jauh ini sebenarnya, jika difikir dari sudut positif adalah lebih manis.

Ia ibarat jauh di mata, dekat di hati. Pasangan yang terlibat akan semakin rindu antara satu sama lain kerana berjauhan rentetan timbul rasa kehilangan dan kekosongan.

Rasa kehilangan itu ditebus dengan berutus surat, menghantar e-mel, menelefon. Tetapi bahayanya perhubungan ini adalah, jika terlalu lama berjauhan dikhuatiri kasih sayang mula pudar.

Berikut beberapa tip bagi membantu pasangan mempertahankan hubungan jarak jauh:

1) Kepercayaan dan kejujuran


Kepercayaan adalah keutamaan jika mahu perhubungan sebegini berhasil. Tanpa kepercayaan dan kejujuran hubungan akan berada dalam keadaan bahaya. Diri perlu percaya dan berserah pada takdir.

2) Komitmen

Komitmen amat penting dalam perhubungan. Jika diri anda dan si dia memberikan komitmen sepenuhnya dalam perhubungan, ia akan berjaya. Faktor jauh atau dekat sama sahaja, cuma perhubungan jarak jauh lebih banyak cabarannya. Apa pun ia terpulang kepada individu.


3) Selalu berhubungan

Komunikasi amat penting. Walaupun tidak dapat berkomunikasi secara bersemuka atau secara langsung, anda dan si dia masih boleh berhubungan dengan mengutus surat, e-mel dan menelefon.


Ia penting bagi mengelakkan si dia mengisi kekosongan yang ada dengan mencari keseronokan dengan orang lain. Mungkin ia bermula dengan mencari teman untuk makan, bersukan atau sebagainya, namun ia mungkin akan membibitkan rasa cinta antara si dia dan teman baru.

4) Jangan letakkan banyak harapan

Setiap individu sememangnya mengimpikan perhubungan yang berakhir dengan kebahagiaan, namun jangan sekali-kali meletakkan harapan yang tinggi dalam perhubungan sebegini kerana dikhuatiri akan menyebabkan kekecewaan yang tragis.

Bukan bererti anda tidak perlu serius dalam menjalinkan hubungan, cuma jangan letakkan harapan 100 peratus terhadap hubungan cinta jarak jauh sebegini kerana perhubungan sebegini sukar dan berisiko tinggi.



5) Kesetiaan


Perhubungan sebegini memerlukan kesetiaan antara pasangan yang bersungguh-sungguh dan ikhlas. Jika tidak hubungan tidak akan berjaya.

Kebanyakan pasangan yang tiada sifat ini akan putus terutama melibatkan pasangan yang baru diperingkat bercinta kerana tiada ikatan.


6) Emosi

Jangan terlalu beremosi ketika berjauhan kerana faktor jarak dan jarang bertemu muka membuatkan anda sering menaruh prasangka buruk. Kawal emosi sebaik mungkin dan perlu berfikiran positif bagi mengelakkan pergaduhan.








Perpisahan...


Cuti akhir tahun bagi sesi persekolahan,

Surat tawaran dari salah satu IPTA di Malaysia telah ku terima...Si dia orang pertama yang ku hubungi untuk berita tersebut..memang berat hati untuk berjauhan dengan insan yang ku puja itu...namun pelajaran harus diutamakan untuk masa hadapan..

Aku terima tawaran tersebut dengan hati rela walaupun terpaksa berjauhan..Mungkin itu akan membuatkan hati lebih rindu, dan bila hati rindu kasih pun mula la bertambah..hehehe..Itu yang difikirkan secara teorinya..

Januari 2005 bermulalah percintaan jarak jauh antara kami berdua..

Semakin hari semakin parah...

Setelah beberapa bulan berada di SMKP, rasa hati terhadap si dia semakin parah...itulah ungkapan yang paling sesuai..namun si dia masih belum memberi kata putus samada cinta ini diterima atau tidak, namun itu tidak menghalang semangatku untuk terus mendekatinya...

Tiba masa untuk ke lawatan ke beberapa destinasi dlm negara..salah satunya cameron highland...sebelum bertolak sempat lg aku cari cd lagu relaku pujuk,nyanyian tam spider..memang kena sangat ngn situasi aku time tu..masuk je dlm bas, terus lagu tu berkumandang...lagu tu sememangnya dituju pada Ros.."tiada lafaz yang lebih agung, kalimah cintamu yang ku tunggu2, biar jasadku yang menanggung, permainan darimu, relaku pujuk..."..Huhuhuhuhu, jiwang sungguh..tp biarlah apa org nk kata,janji aku bhgia..

Sejambak bunga ros dihadiahkan pada si dia semasa dalam perjalanan pulang dari cameron...Dlm perjalanan pulang itu juga hasil dari ushaku mendekatinya selama ini mula menampakkan kejayaan..Corn in cup, makanan pertama yang ku suapkan ke mulutnya,memang nervous gila time nk suap tu, smpai tangan terketar2..tak sangka pula si dia terima..mmg bahagia yang ku rasa..

Satu kenangan yang x mungkin dilupakan sampai bila-bila...Hasil dari lawatan itu, aku pulang dengan hati yang berbunga bunga...

Sunday, November 7, 2010

Cinta pandang pertama...

Cinta pandang pertama...

Bila hati terdetik.... Bila mata terpandang... Bila telinga terdengar... Kasih pun terungkai...

Lalu senyum pun tersipu malu...

ADAKAH ITU CINTA PANDANG PERTAMA...?

To me, the answer is yes coz that is what happen to me when i look at her..(fuhh,omputih la plak,hehe..)..hari demi hari mmg suara si dia yang sentiasa di cari..xde duit nak reload sanggup guna public fon..almaklumlah, belum confirm lg dapat pikat hati si dia..so, momentum perlu sentiasa dikekalkan..bagi anda yang mengalami cinta pandang pertama ini saya sarankan sedikit tips di bawah:

Kereta yang bergerak jika anda berhenti daripada menekan pedal minyak akhirnya akan perlahan dan berhenti. Begitu juga hubungan anda dengan si dia, sentiasa bahagikan masa anda dengan betul untuk berhubung dengan si dia. Kekalkan momentum perhubungan ini sehingga anda dapat rasakan sendiri respond positif daripada si dia. Sebagai contoh, si dia mula rindukan anda apabila anda tidak melayannya, memerlukan anda disaat si dia berhadapan dengan masalah, si dia mahukan hari- harinya sering bersama dengan anda, dan banyak lagi respond positif yang anda sendiri akan perasan. (Peringatan!Jika anda yakin dan pasti maka tunggu apa lagi, sambarlah peluang tersebut! miliki si dia segera!!!)
Jika hasilnya negatif, usah risau… sabar dan berdoa sehingga anda mendapat respond yang positif.. Jika hasilnya tetap negatif, usah buang masa anda! Cari yang lain, sentiasa ingat.. Jalan pasti ada mesti ada Cara!
THE BEST MAN WIN!